Edited From “ Interaksi Minda dan Tubuh menurut Perpektif Homeopathy” By Dr (H) Zainul Azmi AhmadOleh : Haris Arifin
Perubatan Homeopathy Haris
Dalam dunia alaf baru dan serba moden sekarang dianggarkan 60% sehingga 80% daripada masalah penyakit fizikal dan mental adalah BERHUBUNG KAIT dengan stres. Walau bagaimanapun bukanlah semua masalah disebabkan oleh stres tetapi Kebanyakan masalah yang wujud akan menjadi lebih mudarat jika berhubung kait dengan stres.
Menurut DR Hans “ Stress is simply the non specific response of the body to any demand”- “stres adalah tindak balas tidak khusus tubuh kepada sesuatu kehendak keadaan“ Ataupun dengan kata lain ia adalah suatu reaksi tubuh dan minda kepada apa- apa perkara yang baru atau keadaan yang berpotensi tidak menyenangkan atau ancaman.
Stres terbahagi kepada 4 katogori besar iaitu:
i. Penampilan fizikal – seperti penggunaan kosmetik dsb.
ii. Kedudukan sosial dan perhubungan interpersonal- cth. konflik dalam diri
iii. Kerjaya
iv. Keluarga
Stres yang tidak terkawal akan menyebabkan tiga kategori emosi iaitu:
i. Keresahan (anxiety)
ii. Depressi/kemurungan (Depression)
iii. Kemarahan
Akan tetapi stres yang terkawal akan mendorong seseorang itu mencapai kecemerlangan.
Terdapat pelbagai tanda atau simptom fizikal tubuh akibat stres atau stres yang kronik iaitu:
i. Galgata atau ultikaria
ii. Peningkatan tekanan darah dan denyutan jantung dalam hipertensi primer
iii. Diarea (Cirit Birit) yang berpunca daripada rasa takut atau gementar
iv. Sakit dibahagian dada akibat kesedihan
Stree juga boleh memudaratkan penyakit-penyakit fizikal seperti kencing manis, penyakit arteri karonari, asma, psorisis dan lain lain.
Penyakit fizikal seperti penyakit kenser, boleh mencetuskan masalah emosi (psikologi) akan lebih memudaratkan penyakit fizikal.
Konsep Rawatan Stress Melalui Rawatan Homeopati
Henemman seorang tokoh homeopaty barat (German) merumuskan terdapat interaksi yang rapat antara minda dan tubuh fizikal manusia. konsep ini juga pernah diketengahkan oleh tokoh perubatan ulung iaitu Hippocrates dan Galen. Dalam perubatan homeopati melihat manusia sebagai suatu entiti dan kesatuan kehidupan secara menyeluruh. Gangguan yang berlaku dimana-mana bahagian atau sistem yang tidak tertanggung olehnya akan dikongsi dan dirasai oleh bahagia yang lain untuk menyeimbangkan kembali kehidupan. Apabila tubuh sudah terganggu secara langsung, minda juga turut terganggu. Oleh itu semua penyakit secara ”neutral”, psikosomatik, iaitu yang melibatkan kedua-dua sfera psikik dan fizikal pesakit.
Untuk mengatasi masalah pesakit dan penyakit yang dihidapi oleh sesaorang sudah tentu keseluruhan manusia itu perlu dipulihkan. Oleh itu perubatan homeopati memperkenalkan konsep ”TOTALITY OF SYMPTOM” untuk mengatasi masalah ini. Dalam merawat pesakit, kita perlu melihat secara keseluruhannya bukan separuh-separuh atau setempat. Umpanya jika seseorang itu terkena kenser bukan setakat kenser yang perlu diubati malah keseluruhan badan pesakit sehingga ke akar umbi iaitu punca-punca pencetusnya kenser serta keseluruhan tubuh badan manusia perlu diubati. Sehinggalah penyakit itu tidak akan berulang lagi. Secara tak langsung rawatan homeopati dikenali sebagai ”RAWATAN HOLISTIK”.
Pendekatan homeopaty ini dengan disokong oleh remedi-remedi homeopati berpotentais membolehkan segala masalah-masalah kesihatan dan penyakit manusia dapat di atasi. Dimana remedi-remadi ini mampu menyerap sfera tubuh dan minda untuk menggerak kembali keseluruhan sistem yang ada untuk menghasilkan sebaik- baik penyembuhan.
Dalam perubatan homeopaty terdapat 4 kelasifikasi perkaitan Minda dan tibuh fizikal iaitu:
i. Simptom-simtom minda yang muncul selepas berlakunya atau menurunknya simptom fizikal. Contohnya selepas seseorang itu mendapat kemalangan yang serius. Penawar yang yang disarankan ialah arnica dan natrum Sulp Difokuskan kepada ”first and injury” dalam rawatan kemalangan.
ii. Simptom minda atau penyakit mental yang terdiri daripada penyakit fizikal. Umpamanya ketakutan yang berpanjangan semejak kecil lagi. Bagi penyembuhannya rawatan homeopati akan berkitar kepada penawar- penawar ”antiprosic”.
iii. Penyakit mental yang muncul secara tiba-tiba (mental diseases With Appear Suddenly) contohnya penyakit gila secara tiba-tiba disarankan menggunakan ”Mind remedy” dan ”antipsoric”. Penawar yang dicadangkan terdiri daripada Sulhfur, ignatia, stromonium, aconite dsn.
iv. Penyakit mental yang asal usulnya meragukan . (Mental diseases of doubtful origin) Contohnya masalah homoseksual dan lasbian dimana rawatan untuk penyakit ini adalah berkitar kepada ”key note” dan ”antipsoric remedy”
Terdapat stres atau simptom minda yang muncul selepas menurunnya atau berkurangan simptom fizikal iaitu:
i. Seperti seorang pesakit yang sudah sembuh daripada kemalangan ata trauma yang teruk. Walaupun tulang-tulang yang patah dan luka sudah sembuh tetapi pesakit tetap akaan mengalami ”trauma” (Posttraunatic Stress Syndrome).
ii. Seseorang pesakit yang sudah sembuh daripada suatu penyakit kronik seperti TB akan mengalami kemurungan.
Keadaan di atas dikenali sebagai hilangnya simptom fizikal tetapi timbul pula simptom minda. Dimana dalam perubatan homeopati dicadangkan supaya menggunakan remedy ”antiproric” dan ”psikoterapi”.
Terdapat pula simptom minda atau penyakit mental yang menyebabkan penyakit fizikal. Keadaan ini muncul daripada emosi yang terganggu dan tidak terkawal seperti keresahan yang berpanjangan, kesedihan, atau ketakutan yang bersangatan dan sebagainya.
Apabila keadaan emosi ini berpanjangan, organ-organ vital yang penting dalam sistem tertentu akan mula terganggu dan akirnya akan menjadi rosak. Organ tersebut termasuklah buah pinggang, jantung dan sebagainya. Keadaan diatas dapat dikategorikan kepada berikut:
i. Keadaan tekanan darah yang tidak terkawal akan berakhir dengan ”hipontensi primer”.
ii. Kesedihan yang yang teramat sangat sehingga tidak menentu makan dan minum akan berakhir dengan tubuh mengalami masalah penyakit akibat daripada kekurangan zat makanan.
iii. Ketakutan yang bersangatan boleh menyebabkan masalah aritmia.
Dalam rawatan homeopati dicadangkan menggunakan rawatan ”psikoterapi” beserta remedi-remedi antiproric. Inilah satu keistimewaan dalam rawatan homeopaty dimana selain daripada mengetahui kesan –kesan n antara minda dan tubuh juga disediakan penawar-penawar yang dapat digunakan untuk mengatasinya dimana penawar ini telah diuji bukti melalui ”proving” dan mampu mengembalikan semula tahap normal minda dan tubuh.
No comments:
Post a Comment